Trafik sesak di Lebuh Raya Guthrie berpunca daripada sebuah lori nelayan yang membawa sotong terbalik di susur keluar persimpangan Elmina semalam.
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, jalan sesak akibat orang ramai berhenti dan mengutip sotong di tepi jalan.
Walaupun ada yang mempersoalkan perbuatan mengambil sotong itu, saksi kejadian memberitahu pemandu lori membenarkan orang ramai mengambilnya, selepas mendapat keizinan daripada majikan. - Getaran, 3 Julai 2024
@getaranmy Pastikan dapat kebenaran tuan punya sotong dulu ya 😀 Video: 7.5mamba7.5 #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran