Seorang lelaki maut selepas kenderaan mewah Lamborghini dipandunya terbabas ke dalam longkang dan kemudian terbakar di Bentong.
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, dapat dilihat dua buah lagi kereta mewah berwarna merah dan hijau, mungkin rakan-rakan mangsa.
Menurut laporan media, nahas itu turut mencederakan seorang lagi individu yang tersepit tetapi berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam. - Getaran, 1 Julai 2024
@getaranmy BENTONG - Seorang lelaki maut selepas kenderaan mewah Lamborghini yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Bentong-Karak KM 57.1 Arah Timur. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, nahas berkenaan turut mencederakan seorang individu lain. Baca artikel penuh di getaran.my. Video: afiq_007 #getaranmy #semasa ♬ Very Sad - Enchan