web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Permainan Platformer 3D Baharu 'ALTF42' Ada Ganjaran Wang Tunai Berjumlah AS$5,000

Sepuluh peserta teratas dengan masa habis terpantas akan menerima wang tunai, diagihkan berdasarkan kedudukan mereka

Teknovasi Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2024 5:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, Gravity sebuah syarikat permainan global, mengumumkan pelancaran global platformer 3D baharu 'ALTF42' melalui platform Steam. 

'ALTF42' ialah susulan rasmi kepada 'ALTF4,' permainan yang dinikmati oleh ramai pengguna di seluruh dunia. 

Nama baharu ini bersedia untuk mencapai kejayaan global, memanfaatkan pengalaman luas dan kepakaran Gravity dalam perkhidmatan global. 

Permainan ini menampilkan grafik yang dinaik taraf dan peletakan perangkap yang lebih mencabar, lalu meningkatkan kesukarannya. Ia juga memperkenalkan kandungan unik seperti sistem syiling, trek perlumbaan penyu, kostum dan pertempuran bos gergasi, yang menawarkan pelbagai pengalaman yang menarik.

Dalam versi keluaran rasmi, tahap bertemakan hutan, yang terpanjang dalam 'ALTF42,' telahpun ditambah. Pemain boleh mengalami keseronokan menavigasi pelbagai perangkap dan haiwan sejajar dengan konsep hutan. 

Sagang terbang secara rawak muncul dalam seluruh tahap, memberi peluang untuk memperoleh item dan syiling tambahan. 

Paling menarik, permainan yang dipertingkatkan ini turut tersedia dalam 15 bahasa, termasuk bahasa Korea, Inggeris, Jepun, Perancis, Indonesia, Thai dan Jerman.

Sempena pelancaran global itu, Gravity kini sedangn mengadakan acara cabaran main habis laju dengan jumlah hadiah terkumpul sebanyak AS$5,000 untuk rantau global sehingga 12 Jun ini. 

Untuk mengambil bahagian, pemain harus merakam video mereka menghabiskan permainan dari tahap pertama hingga akhir semasa tempoh acara dan memuat naik ke halaman acara. 

Sepuluh peserta teratas dengan masa habis terpantas akan menerima wang tunai yang diagihkan berdasarkan kedudukan mereka.

Ketua Pasukan Perniagaan Konsol di Gravity ,Yoo Joon, berkata, pihaknya menjangkakan prestasi permainan yang dipertingkat, digabungkan dengan kepakaran penerbitan global Gravity, akan mencapai kejayaan yang luar biasa, setanding dengan pendahulunya. 

“Kami mengundang semua orang untuk meneroka versi keluaran rasmi, yang menawarkan tahap dan kandungan baharu untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan serta menyertai acara cabaran untuk rantau global,” katanya. 

Maklumat lanjut mengenai keluaran rasmi 'ALTF42' pada Steam boleh didapati melalui halaman Steam ALTF42.
(https://store.steampowered.com/app/2187230/ALTF42/).

Untuk menyertai acara cabaran main habis laju disokong pada halaman acara berasingan iaitu 
(https://www.speedrun.com/challenges/jm3qmpnq-altf42-altf42-speedrun-challenge).

Untuk rekod, Gravity Co. Ltd, ialah sebuah syarikat permainan Korea yang ditubuhkan pada April 2000 dan sebuah syarikat permainan global yang disenaraikan pada NASDAQ (GRVY). 

Setakat 30 Jun 2021, Ragnarok IP, IP wakilan Gravity, melangkaui 120 juta akaun global. Berdasarkan kepada kolaborasi antara ibu pejabat, subsidiari dan cawangan luar negaranya, Gravity membina pengaruh global dengan terlibat dalam perniagaan penerbitan global yang mengedarkan permainan melalui pelbagai platform dan genre, termasuk permainan Ragnarok IP. - Getaran, 10 Jun 2024

Foto : Gravity

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 5 hari yang lalu

Galaxy Tab A9 Kids Edition Untuk Pembelajaran Dan Keseronokan Penuh Imaginasi

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Fon Kepala OpenFit Air Ultra Hanya Seberat  8.7G

3

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Siri Realme GT 6 Kembali Ke Pasaran, Gunakan Strategi AI Komprehensif

4

Teknovasi 1 bulan yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Refleksi 21 jam yang lalu

5 Tip Membeli Barang Dapur

oleh Wartawan Gaya Hidup

Refleksi 1 hari yang lalu

Raikan Muharam Dengan Cara Terbaik

Jangan biarkan bulan Muharam yang bakal tiba berlalu sepi begitu sahaja. Berhijrahlah, bukan hanya dari segi amal ibadah tetapi juga dari seluruh aspek kehidupa...

oleh Andi Mohamad Zulkhairi Muhamad