web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sukan Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2024 5:21PM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan kata-kata semangat kepada kontinjen negara ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Seri Paduka Baginda menzahirkan perkara itu menerusi hantaran dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet negara yang akan bertanding pada Sukan Olimpik 2024.

"Bersama-sama kita mendoakan kecemerlangan buat atlet-atlet yang mewakili negara ke temasya Olimpik dan Paralimpik," titah Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyerahan Jalur Gemilang kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 di Istana Negara hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Seri Megat D Shariman.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dr Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan Olimpik Datuk Hamidin Mohd Amin dan CDM kontinjen negara ke Sukan Paralimpik, Datuk Subramanian Raman Nair.

Pada temasya Olimpik Paris 2024, sebanyak 25 atlet kebangsaan akan mengambil bahagian setakat ini, manakala sukan Paralimpik pula melilbatkan 20 atlet.

Sukan Olimpik Paris 2024 akan membuka tirai pada 26 Julai hingga 1l Ogos, manakala Sukan Paralimpik bermula pada 28 Ogos hingga 8 September ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Cipta Kejutan, Rakyat Teruja Bertemu Agong Di Restoran Nasi Lemak

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Hari Guru Kepada Warga Pendidik

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Semasa 2 jam yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

Sukan 15 jam yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri