web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

Sukan Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 8:12AM

Goh Jin Wei - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas memuat naik luahan di media sosial kerana perlu bertanding di Sukan Olimpik Paris tanpa jurulatih, pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei akhirnya meraih perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Menerusi ciapan di X Yeoh memaklumkan, jurulatih pemain itu, Nova Armada terikat dengan komitmen lain.

Menurut beliau, komitmen berkenaan menyebabkan permintaan Jin Wei agar dia diiringi Nova ke temasya terbabit tidak dapat dipenuhi.

“Jurulatih Nova juga merupakan jurulatih kepada dua atlet paralimpik, Chieh Liek Hou dan Fareez Annuar yang sedang membuat persiapan akhir mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik,” katanya.

Jelas Yeoh, kerajaan bagaimanapun tidak membiarkan Jin Wei bersendirian mengharungi cabaran kerana pemain itu akan ditemani seorang lagi jurulatih skuad negara, Rexy Mainaky.

“Rexy akan mengambil alih tanggungjawab membantu Jin Wei dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik di Paris.

Beberapa hari lalu, Jin Wei meluahkan kekecewaan apabila terpaksa berjuang bersendirian di temasya Olimpik Paris tanpa jurulatih kerana masalah kuota pada kad akreditasi.

Menerusi perkongsian di Instagram, atlet itu mengakui sangat sedih apabila memikirkan nasibnya selaku atlet tunggal yang terpaksa berjuang sendirian di kejohanan terbesar dunia itu tanpa ditemani jurulatih.

“Sebelum ini saya tidak meminta apa- apa dan ini kali pertama saya bersuara. Saya berharap jurulatih dapat bersama saya dalam acara paling berprestij yang mungkin disertai sekali seumur hidup.

“Saya faham ada perkara lebih utama tapi kenapa saya seorang sahaja diketepikan,” luahnya.

Luahan Jin Wei menyebabkan Yeoh sekali lagi dikritik peminat sukan tanah air, selepas terlebih dahulu terpalit kontroversi pakaian rasmi Kontinjen Malaysia.

Temasya paling berprestij dunia, Sukan Olimpik Paris dijadual  berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos nanti. – Getaran, 28 Jun, 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Exco Kedah Puji Profesionalisme, Sikap Terbuka Hannah Yeoh

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 6 jam yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Semasa 1 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM