web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Sukan Dikemaskini 6 hari yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2024 8:17PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selangor FC menerima tamparan hebat selepas antaranya didenda RM100,000 dan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025, susulan tidak hadir pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor bulan lepas.

Skuad Gergasi Merah juga perlu membayar pampasan kerugian ditanggung Johor Darul Ta'zim (JDT) selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), dengan jumlahnya akan dimaklumkan kelak.

Selain itu, perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), akan dimainkan tanpa penonton.

MFL dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua keputusan itu dibuat selepas Ahli Lembaga Pengarah MFL mengadakan mesyuarat, bagi membincangkan kes Selangor tidak hadir pada aksi Sumbangsih menentang JDT yang sepatutnya berlangsung 10 Mei lepas.

Bagaimanapun, MFL tidak menyatakan tarikh berkuat kuasa kesemua denda itu dan sekiranya terdapat ruang buat Selangor membuat rayuan.

Pemotongan tiga mata menyaksikan Selangor yang kini berada di kedudukan kedua Liga Super dengan mengumpul sembilan mata, akan jatuh ke posisi kelima.

Bulan lepas, Selangor terpaksa menarik diri daripada menyertai perlawanan Sumbangsih susulan insiden jenayah serta ancaman yang berlaku membabitkan beberapa pemain, selepas pemain sayap mereka Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei.

Selangor menegaskan keselamatan pasukan diutamakan selain memandang serius segala bentuk ancaman dan tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan perkara itu.

Keputusan itu menyaksikn JDT diberikan kemenangan 'walkover' dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi aksi Liga Super.

Dalam pada itu, MFL memaklumkan wang denda RM100,000 yang dikenakan terhadap Selangor akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan nanti.

Menjelaskan mengenai aksi Liga Super minggu ke-14 di Stadium MBPJ, badan pengelola Liga Malaysia itu menjelaskan operasi perlawanan tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan pasukan tuan rumah.

"Syarat kemasukan wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

2

Sukan 3 hari yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

3

Semasa 3 hari yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

4

Semasa 4 hari yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut