web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wei Chong - Kai Wun Mara Ke Final Terbuka Indonesia

Sukan Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2024 10:09AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melangkah ke final Terbuka Indonesia 2024 selepas mengecewakan pasangan tuan rumah Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani di sini malam tadi.

Pasangan negara melenyapkan sorakan penonton tuan rumah di Stadium Istora Senayan, menewaskan beregu Indonesia di ranking ke-29 itu 29-27, 21-13 dalam perlawanan yang berlangsung selama 45 minit itu.

Wei Chong-Kai Wun bakal berdepan saingan beregu dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam perlawanan akhir, hari ini.

Terdahulu, pasangan dari China itu mengetepikan pilihan keempat dari Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-13, 21-15.

Sementara itu, Wei Chong mengakui penyokong tempatan memberikan tekanan di set pertama namun mereka mampu mengawal keadaan sehingga set kedua.

"Set pertama memang rasa gementar sikit dengan tekanan sebab penyokong mereka.

"Tapi set kedua rasa okey sikit. Kita pun tak fikir kita boleh sampai final, cuma cuba untuk menang setiap perlawanan. Esok kita ada perlawanan lagi, jadi kita kena bersedia," katanya kepada pemberita selepas perlawanan. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

2

Sukan 6 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Zii Jia Ungguli Terbuka Australia

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Aaron-Wooi Yik 'Mandi Peluh' Sebelum Ke Pusingan Kedua Terbuka Singapura

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Tiada Masalah Kewangan Dan Tiada Hutang Pernah Dibuat Setakat Ini' - UIAM

oleh Diyana Nawwar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Sukan 1 hari yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid