web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


2 Didakwa Terbabit Kes Buli Siber Pempengaruh Esha

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2024 5:09PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori dan seorang pemilik rumah kebajikan yang dikaitkan dengan kematian pempengaruh media sosial A. Rajeswary atau dikenali sebagai Esha dihadapkan ke mahkamah, di sini hari ini.

Di Mahkamah Sesyen, pemandu lori B.Sathiskumar, 40, mengaku bersalah atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang lucah sifatnya, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi aplikasi TikTok menggunakan nama profil "@dulal_brothers_360" pada 10.12 malam, 30 Jun lepas.

Hantaran itu kemudian dibaca pada 30 Jun lepas, 10.15 malam di Jalan Ipoh, Sentul di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Sathiskumar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengaibkan dan mengganggu kesantunan ibu kepada Esha iaitu P.R. Puspa, 56, menerusi aplikasi TikTok dengan menggunakan nama profil sama pada tarikh, masa dan tempat serupa, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman menawarkan jaminan RM25,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

"Kes ini menarik perhatian orang awam dengan kejadian daripada tertuduh membuat tindakan melalui TikTok atau media massa. Berikutan kejadian buli siber ini memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan emosi mangsa termasuk kemurungan.

"Dalam kes ini seorang mangsa ditemukan meninggal dunia selepas sahaja penghantaran komunikasi lucah dilakukan oleh tertuduh dan ini menarik perhatian umum," katanya.

Sathiskumar yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan alasan dia berpendapatan RM1,000 sebulan serta mempunyai isteri Orang Kurang Upaya dan tiga anak.

Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan Sathiskumar diikat jamin berjumlah RM36,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan dan menetapkan 16 Ogos ini bagi sebutan kes, berikutan tertuduh turut memaklumkan kepada mahkamah dia memerlukan peguam untuk prosiding seterusnya.

Bernama sebelum ini melaporkan Esha ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kediaman di sebuah kondominium di Setapak pada 5 Julai lepas, sehari selepas membuat satu laporan polis berhubung buli siber yang dihadapinya.

Sementara itu dalam kes sama, seorang pemilik rumah kebajikan P. Shalini, 35, dijatuhi hukuman denda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat menerusi akaun TikTok alphaquinnsha dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Lorong Kolam Air 8, Jalan Ipoh di sini pada 4.10 pagi, 1 Julai lepas, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

Majistret M.S Arunjothy turut memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara tujuh hari, jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.

Mengikut fakta kes, pengadu iaitu orang awam menemukan akaun TikTok alphaquinnsha atas nama tertuduh telah memfitnah mangsa dan membuat beberapa ugutan untuk mencederakannya.

Shalini juga membuat siaran langsung di TikTok dan membuat ugutan serta ancaman kepada individu yang menentangnya. Berikutan itu, laporan polis dibuat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafiezah Mohamed Fauzi memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Buli Siber: Perlu Hukuman Lebih Keras, Bela Nasib Mangsa Dan Keluarga – Saraswati

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SKKM Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Perangi Buli Siber

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Muat Naik Video Berkaitan Esha, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap 3 Individu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Suspek Kedua Disyaki Terbabit Kes Buli Siber Esha Direman 4 Hari

Sorotan

1

Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

2

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

5

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

6

Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kualiti Pendidikan Negara Merosot - Mantan Menteri Sarawak

oleh desmond davidson

Politik 1 hari yang lalu

Majoriti BN Di Mahkota Boleh Bertambah Jika Jentera Bekerja Secara Tersusun - Ahmad Zahid

Sukan 1 hari yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

Semasa 3 jam yang lalu

Kapal TLDM KD Pendekar Terkandas Di Tanjung Penyusop Akibat Kebocoran, Kebanjiran Besar