web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 5 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 3 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pertabalan Agong: 14 Jalan Raya Sekitar Ibu Negara Ditutup

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Jul 2024 9:57PM

Rusdi Mohd Isa - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 jalan raya di sekitar ibu negara yang terlibat dalam upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan ditutup secara berperingkat pada sabtu ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.

Beliau berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur akan menempatkan 387 anggota terdiri daripada pegawai kanan dan pegawai rendah polis pada hari itu bagi penugasan mengiringi orang kenamaan, mengawal lalu lintas dan menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

"Jalan terlibat ialah Jalan Tun Razak, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Jalan Damansara, Jalan Istana, Kuala Lumpur-Seremban Expressway, Jalan Kuching (arah selatan), Bulatan Dato Onn dan Jalan Parlimen.

"Jalan-jalan yang terkesan ini akan ditutup sementara bermula 8 pagi bagi acara Istiadat Pertabalan dan 8 malam bagi Majlis Santapan Diraja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata penutupan jalan secara sementara adalah untuk memberi laluan kepada tetamu diraja melalui laluan yang dinyatakan dan sampai mengikut masa yang ditetapkan serta akan dibuka semula selepas mereka melalui laluan terbabit.

Beliau sehubungan itu menasihati pengguna jalan raya untuk tidak melalui laluan terlibat bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan mengikuti arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-2115 9999 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur 03-2026 0267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

2

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

5

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

6

Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Semasa 15 jam yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Semasa 16 jam yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

Semasa 21 jam yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi