web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2024 9:29PM

Anwar Ibrahim bersama Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini perlu lebih positif dan berani menonjolkan akhlak Islam, dalam menyantuni penganut agama lain di Malaysia serta rantau Asia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, itu antara pandangan dikemukakan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb kepada beliau dalam usaha merealisasikan cita-cita Malaysia membentuk sebuah negara Madani.

Anwar berkata dalam pertemuan semalam, tokoh agama terkemuka itu juga menggesa beliau bekerja lebih kuat dan bersungguh-bersungguh, bagi menghimpunkan kekuatan umat dan pada masa sama memastikan ada sikap lunak, berbaik sangka, saling menghormati serta lita'aruf dalam kalangan umat Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Insya-Allah, kita akan tunaikan amanat, pandangan yang beliau sentuh dengan sebaik mungkin, terutama soal landasan kekuatan asas Muslim serta peringatan kepada umat Islam untuk mempunyai keupayaan menguasai disiplin ilmu dan teknologi baharu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas menyaksikan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kepada Sheikh Al-Azhar, yang disempurnakan Pro-Canselor USIM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, dalam Majlis Konvokesyen Khas di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Anwar dalam ucapannya juga berharap supaya USIM dapat memainkan peranan menterjemah pidato Sheikh Al-Azhar yang disampaikannya usai penganugerahan pada hari ini, bagi memastikan ia dapat dimanfaat serta disebar luas ke seluruh negara.

"Kupasan pidato Sheikh Al-Azhar ini membuktikan ketokohan dan tahap ilmu beliau, saya terpegun dan terpukau dengan kupasan yang begitu meluas," katanya sambil memuji keputusan USIM memberi pengiktirafan kepada tokoh agama itu.

Perdana Menteri pada masa sama berkata Sheikh Al-Azhar mempunyai sumbangan sangat besar kepada dunia Islam termasuk di Kepulauan Melayu.

"Malah Azharis (lulusan Universiti Al-Azhar) banyak beri manfaat, menjadi benteng utama mempertahankan akidah ilmu, menanam semangat serta roh Islam dalam masyarakat di sini menghadapi serangan pelbagai (seperti) kepincangan akibat asakan pemikiran barat, ideologi liberal menyimpang landasan Islam serta pelampau taksub, sehingga berlaku perpecahan.

"Semoga universiti utama seperti Al-Azhar ini dengan rangkaian sistem pendidikan yang ada dalam negara kita, dapat meneruskan usaha mempertahankan umat utamanya melalui gedung-gedung ilmu," katanya.

Sheikh Al-Azhar, yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir, kini dalam lawatan khas selama empat hari ke Malaysia hingga Jumaat. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 5 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

2

Politik 1 hari yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

3

Semasa 3 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

4

Semasa 5 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Semasa 1 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid