web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2024 8:34AM

Anwar Ibrahim bersama Sheikh Al-Azhar Al- Sharif Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb semasa kunjungannya di Kompleks Seri Perdana. – Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KiUALA LUMPUR – Institusi Al Azhar memainkan peranan yang amat signifikan dalam dunia Islam, sebagai sebuah gedung ilmu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan Islam di alam Melayu juga tidak lepas dari peranan tokoh yang dilatih di Al-Azhar sebelum ini.

Menurut beliau, ramai tokoh Melayu terinspirasi dengan pemikiran Syeikh Mahmoud Syaltut, Syeikh Muḥammad Abduh dan Syeikh Muhammad Rashid Rida yang diterjemahkan melalui semangat perjuangan kemerdekaan dan menuntut perubahan dalam negara.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) saya berbesar hati menerima kunjungan Fadhilatul Imam Al-Akbar Prof. Dr. Ahmad Muhammad Ahmad Al-Tayyeb, Syeikhul Azhar ke Seri Perdana, Putrajaya dan seterusnya bersama dalam Majlis Ilmu MADANI.

“Fadhilatul Imam Al-Akbar antara lain dalam nasihatnya menyeru agar umat Islam di Malaysia terus menjaga keharmonian sesama Muslim dan bukan Muslim serta jangan melampaui batas,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

– Gambar PMO
– Gambar PMO

Jelas Perdana Menteri, Ahmad Muhammad juga menyeru agar seluruh alumni Al-Azhar meneruskan usaha memadamkan api persengketaan sesama Muslim walau dalam apa pun spektrumnya.

“Namun begitu, sekiranya berlakunya pelanggaran hak sebagaimana yang berlaku di Palestin, kekejaman yang tidak boleh diterima, maka ianya wajarlah dipertahankan oleh umat,” katanya.

Anwar memberitahu, Malaysia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Syeikhul Azhar itu yang sudi menerima undangan beliau untuk berkunjung ke negara ini.

Undangan itu tambah beliau, disampaikan pada pertemuan mereka di Kaherah, Mesir sebelum ini.

“Terima kasih atas doa dan harapan Fadhilatul Imam Al-Akbar dalam majlis ini dan semoga ianya memberi barakah ke atas perkembangan tradisi ilmu Islam di Malaysia,” katanya. – Getaran, 4 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

2

Semasa 2 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

3

Semasa 4 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

4

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

Semasa 11 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Semasa 1 hari yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

oleh Diyana Nawwar

Sukan 18 jam yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0