web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2024 8:18PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEMPOL - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya di sebuah rumah di Bahau di sini, bulan lepas.

Pertuduhan terhadap Lai Jun Yong, 33, dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mankamah Tinggi.

Jun Yong didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Chew Sok Ha, 63, di sebuah taman perumahan di Bahau, pada 11.55 pagi, 25 Jun lepas.

Perbuatan tersebut didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Farahidah Zool Beri memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Johor untuk penilaian mental terlebih danulu mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan kes disebut semula pada 5 Ogos ini untuk status laporan penilaian mental itu.

Pada 25 Jun lepas, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook dilaporkan berkata, lelaki yang juga pemegang kad Orang Kurang Upaya (mental) dan ibunya dipercayai bertengkar dan bergelut sebelum warga emas itu ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri di atas lantai di halaman rumahnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Kecuaian Perubatan: Bekas CEO PROLINTAS Terima Pampasan RM5.1 Juta

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

oleh Diyana Nawwar

Semasa 7 jam yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Sukan 1 hari yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Semasa 1 hari yang lalu

‘Tiada Masalah Kewangan Dan Tiada Hutang Pernah Dibuat Setakat Ini' - UIAM

oleh Diyana Nawwar