web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM 

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2024 8:56PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang meneliti kesan daripada pelbagai langkah yang diambil berkaitan subsidi sebelum membuat keputusan mengenai keperluan rasionalisasi subsidi petrol RON95, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata setakat ini, tiada kertas dasar mengenai rasionalisasi subsidi bahan api RON95.

"Ada kajian dulu tetapi kita fikir lebih baik kita lihat dulu langkah-langkah yang diambil pada (kadar tarif) elektrik, (harga) ayam dan penyasaran subsidi diesel yang kita buat pada tahun ini dan tahun lepas.

"Kita lihat kesannya dahulu dan reaksi rakyat. Kemudian, barulah kita bersedia untuk berunding (mengenai) apakah keperluannya," kata beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai keputusan kerajaan sama ada akan melaksanakan penyasaran bersasar bagi subsidi petrol RON95.

Anwar menegaskan penyasaran subsidi disifatkan wajar untuk menangani isu salah guna dan kecurian bahan api membabitkan warga asing sehingga mendatangkan kerugian yang besar kepada negara.

Kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah sejak tahun lepas termasuk kawalan harga ayam yang ditamatkan sepenuhnya bermula 1 Nov 2023 dan penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lepas.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai hingga 31 Disember ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Semasa 2 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 7 jam yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Semasa 1 hari yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM