web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2024 8:04AM

Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang. – Gambar fail BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN – Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 142 pendatang tanpa izin dalam serbuan di 34 premis sekitar Kuala Pilah pada 28 Jun hingga Ahad.

Pengarahnya, Kennith Tan Ai Kiang berkata kesemua yang berusia 21 hingga 54 tahun itu ditahan hasil pemeriksaan terhadap 315 warga asing oleh 21 pegawai dan anggota jabatan berkenaan.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki dan tiga wanita warga Myanmar, enam lelaki Pakistan, 54 lelaki dan 17 wanita Indonesia, 32 lelaki Bangladesh, seorang lelaki dan empat wanita Kemboja serta dua lelaki India.

"Kebanyakan pendatang tanpa izin itu dipercayai berpindah dari Seremban ke Kuala Pilah susulan operasi yang giat dilaksanakan di Seremban dan Nilai," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Tan semasa operasi dijalankan, terdapat beberapa pendatang tanpa izin cuba melarikan diri termasuk bersembunyi di atas siling bagi mengelak dicekup.

"Selain itu, berlaku pergelutan antara pendatang tanpa izin dengan pihak imigresen di sebuah premis," katanya.
Beliau berkata pihaknya mengeluarkan 19 borang saman saksi kepada majikan dan penjaga premis untuk hadir ke JIM Negeri Sembilan bagi membantu siasatan.

Kesemua pendatang tanpa izin itu didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan mereka dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Verifikasi Pekerja Asing: Hanya 65 Peratus Majikan Berbuat Demikian - JIMNS

3

Semasa 3 bulan yang lalu

27 Tapak Projek JENDELA Di Negeri Sembilan Siap Dibina

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan 2 Individu, Rampas 5kg Dadah

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 14 jam yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri

Semasa 7 jam yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos