web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2024 3:15PM

Azuan Effendy Zairakithnaini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berbaki 19 hari lagi, Malaysia bakal melakar detik bersejarah dalam sistem Raja Berperlembagaan dan semua mata akan tertumpu pada istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Bakal berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 20 Julai ini, segala persiapan diatur rapi dan teliti untuk memastikan istiadat yang akan menonjolkan keunikan sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia berlangsung sempurna kerana ia bukan sahaja menjadi tumpuan rakyat tempatan, malahan juga masyarakat luar negara.

Berkongsi mengenai persiapan, Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata kerja-kerja persiapan bermula sejak enam bulan lepas dan ketika ini, semuanya berada pada peringkat akhir atau kira-kira 93 peratus dengan fokus sekarang ialah memastikan lokasi istiadat pertabalan, selain sekitar Istana Negara dalam keadaan baik.

"Negara kita dibina dengan peradaban begitu kukuh dan sejarah yang gemilang menerusi sistem Raja Berperlembagaan dan sejak negara kita merdeka sehingga kini, kita tidak putus merayakan istiadat yang begitu penting iaitu pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

"Tentunya untuk satu istiadat yang begitu gilang-gemilang dan bersejarah ini, persiapannya memang mengambil masa yang lama, kita telah mulakan dari awal iaitu sebaik Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan pada 31 Januari lepas," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Azuan Effendy berkata menerusi istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Malaysia dapat mempertontonkan kepada dunia identiti Kesultanan Melayu, selain menonjolkan keunikan dimiliki kerana merupakan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan secara penggiliran.

Beliau berkata kira-kira 2,000 orang terlibat dalam memastikan kelancaran istiadat pertabalan bukan hanya membabitkan kakitangan Istana Negara, tetapi juga pelbagai jabatan serta agensi lain antaranya Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan banyak lagi.

Selain itu, beliau yang terlibat dengan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebanyak lima kali berkata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dipertanggungjawabkan sebagai Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong.

Azuan Effendy berkata beliau bersama Fahmi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Awang Alik Jeman merangkap Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan dan Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan Datuk Rozainor Ramli juga bertanggungjawab untuk menghadap Raja, Sultan serta semua Tuan Yang Terutama (TYT) bagi mempersembahkan warkah persilaan.

"Warkah persilaan ini masih dikekalkan sejak sekian lama, ia menggunakan tulisan jawi yang ditulis tangan, diletakkan di dalam kapsul khas untuk dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu dan TYT," katanya.

Berkongsi lanjut, Azuan Effendy yang merupakan Datuk Paduka Maharaja Lela termuda pernah dilantik ke jawatan penting di Istana Negara berkata cabaran utama dalam memperincikan kelancaran istiadat pertabalan ialah ketepatan masa.

"Keberangkatan tiba setiap Raja Melayu adalah dalam selang masa dua minit diikuti istiadat pecah bendera. Setiap satu perlu dilaksanakan dalam masa hanya dua minit, maka kita kena pastikan semuanya menepati masa supaya perancangan dapat direalisasikan dengan tepat dan sempurna," katanya.

Istiadat pecah bendera ialah sebahagian protokol istana yang bendera peribadi Raja-Raja Melayu dipecahkan dan dikibarkan sebagai menandakan keberangkatan tiba baginda.

Mengenai bilangan tetamu, Azuan Effendy berkata setakat ini, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Bahrain Hamad Bin Isa Al Khalifa telah mengesahkan keberangkatan, selain 700 tetamu lain termasuk wakil kedutaan serta wakil-wakil kementerian dan jabatan.

Beliau berkata pada istiadat pertabalan kali ini, dif-dif kehormat lelaki dari Johor akan mengenakan baju Melayu Teluk Belanga dengan songkok tanpa sebarang bintang atau pingat kerana ia merupakan kaedah pemakaian sebenar.

Mengenai busana Sultan Ibrahim, Azuan Effendy berkata Seri Paduka Baginda akan memakai muskat yang merupakan persalinan kebesaran Yang di-Pertuan Agong lengkap dengan tengkolok, pending serta keris, manakala Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah telah memperincikan persalinan Seri Paduka Baginda yang bakal dihasilkan seorang pereka terkemuka tempatan.

Azuan Effendy berkata acara-acara bersempena dengan istiadat pertabalan bermula pada 18 Julai ini dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara, manakala keesokannya ialah bacaan Khutbah Jumaat khas yang memberikan penjelasan serta peringatan kepada umat Islam mengenai kepentingan Institusi Raja Berperlembagaan.

"Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri yang tiada Raja atau Sultan akan menggunakan teks berkenaan, manakala negeri-negeri lain tertakluk pada perkenan Raja atau Sultan masing-masing," katanya sambil menambah pada malam istiadat pertabalan, akan turut diadakan Majlis Santapan Diraja di Istana Negara.

Beliau berkata Raja Zarith Sofiah juga telah berkenan untuk berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak pada 23 Julai, manakala pada 25 Julai akan diadakan Pameran Raja Kita di Muzium Negara yang memaparkan barangan peribadi Seri Paduka Baginda berdua antaranya kad pengenalan dan koleksi pen.

Acara Istiadat Pertabalan katanya, akan ditutup dengan Jamuan Teh Diraja pada 27 Julai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-17 Pada 20 Julai

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Bangsa Johor Bangga Sultan Ibrahim Agong Ke-17, Khabar Gembira Yang Dinantikan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sultan Ibrahim Mesra, Prihatin Isu Rakyat

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 1 hari yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad