BENTONG - Seorang lelaki maut selepas kenderaan mewah Lamborghini yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Bentong-Karak KM 57.1 Arah Timur.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, nahas berkenaan turut mencederakan seorang individu lain.
“Kejadian dilaporkan kepada JBPM Negeri Pahang pada jam 9.32 pagi.
“Seorang mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Seorang lagi mangsa yang turut mengalami kecederaan telah di hantar ke hospital oleh orang awam,” katanya.
Jelas jurucakap itu, lagi lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 26 kilometer dari BBP berkenaan.
“Kerja-kerja pemadaman api dibuat menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera selain mengeluarkan mangsa,” katanya. - Getaran, 30 Jun 2024