web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2024 8:03AM

Kejadian berlaku di sebuah kawasan ladang sawit di Jalan Sapi Nangoh di Belurani, pagi semalam. – Gambar IPD Beluran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BELURAN - Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah traktor yang dinaiki pekerja ladang, hilang kawalan dan jatuh ke dalam gaung di sebuah kawasan ladang sawit di Jalan Sapi Nangoh di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Hasan Majid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 5.42 pagi, melibatkan seorang lelaki warga Indonesia berumur 28 tahun, serta dua wanita warga Filipina (42 dan 28 tahun), maut di tempat kejadian.

"Manakala empat mangsa yang mengalami cedera parah ialah pemandu jentera lelaki Indonesia (29 tahun) dan tiga wanita Filipina (22, 26 dan 45 tahun).

"Ketika kejadian, semua mangsa berada di atas traktor yang sama, dan semasa traktor itu melalui jalan curam, pemandu gagal mengawal jentera mengakibatkan traktor itu terbabas dan terus menjunam ke dalam gaung,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Hasan berkata, siasatan mengenai kejadian itu masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Bubar DUN: MB Pahang Belum Terima Tarikh Menghadap

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Sukan 23 jam yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar