web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2024 12:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai bersama-sama hadir, ikuti dan hayati pementasan teater ‘Haji Murat’ yang akan dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, bermula Rabu ini.

Beliau berkata, teater berdasarkan novella penting dan karya terakhir sasterawan ulung Rusia Leo Tolstoy itu ternyata mengesankan tatkala ia menekankan betapa perang dan kekuasaan yang ganas hanya melahirkan ramai watak yang jahat dan khianat.

“Tolstoy berjaya mewujudkan rasa dan sikap simpatetik, apalagi kepada seorang pejuang dan wira umat Islam yakni Haji Murat, terutama di saat dunia dirundung berat akan kezaliman dan budaya politik pemerasan (‘politics of dispossession’) yang kini berterusan di Palestin,” katanya dalam hantaran di media sosialnya.

Karya yang berasal daripada novel pendek tulisan Tolstoy itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh penggiat sastera dunia Dr Victor Pogadaev dan disunting Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan, sebelum diterbitkan DBP pada 2001.

Karya berkenaan yang mengangkat tema jihad dan perjuangan bangsa ditulis berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 1851, melibatkan pejuang Chechen bernama Haji Murat yang membentuk perikatan dengan Rusia yang pernah ditentanginya, kerana ingin membalas dendam.

Malah perdana menteri berkata novella itu yang mengisahkan penaklukan empayar Rusia ke atas warga Muslim di wilayah Dagestan, Kaukasus Utara, dibawanya ketika mengajar di Amerika Syarikat sebelum ini, di saat ramai ketika itu membicarakan soal Islamofobia dan terorisme pasca serangan 9/11.

“Haji Murat adalah sosok yang dekat dan paling kanan kepada Imam Shamil, ketua pejuang dan watak penting di tampuk kepemimpinan wilayah tersebut.

Mereka berjuang seiring melawan kerakusan empayar Rusia yang dikepalai Tsar Nicholas I, dan berlakunya pertembungan antara pejuang dan penjajah kerana ingin membebaskan keluarga tercinta.

Watak Haji Murat adalah watak yang tersepit di antara dua kekuasaan yang zalim, dan bertindak semata dalam menyelamatkan keluarganya,” katanya.

Pementasan Teater Perdana Haji Murat yang diarahkan A Wahab Hamzah dan diuruskan Badan Budaya DBP itu melibatkan sekitar 100 pelakon termasuk nama-nama gah dalam seni teater seperti Che Kem, Dr Rusdeen Suboh dan Ard Omar. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Semasa 1 hari yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir