web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rumah Kebajikan Bergelut Untuk Terus Beroperasi

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2024 12:14PM

Pengasas Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse , Steven Silvaraju. – Gambar Najjua Zulkefli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dua minggu lalu, bekalan elektrik Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse dipotong ekoran bil tertunggak selama dua bulan. Masalah itu bagaimanapun dapat diatasi melalui kutipan derma.

Isu ini bukan sahaja membelenggu rumah kebajikan tersebut, tetapi juga rumah-rumah kebajikan lain kerana mereka tidak mendapat bantuan daripada kerajaan. Malah ia antara cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk meneruskan kelangsungan rumah kebajikan ini.

Dibuka pada 2006, Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse yang terletak di Bangsar, di sini, memberi perlindungan kepada 34 kanak-kanak dan remaja. Ia diuruskan oleh pengetua dan pengasasnya, Steven Silvaraju, 71, dan isteri beliau Jacinta Steven, 67.

Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse di Bangsar, Kuala Lumpur. – Gambar Najjua Zulkefli
Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse di Bangsar, Kuala Lumpur. – Gambar Najjua Zulkefli

Bekas jurubank dan pendidik itu memberitahu The Vibes, selepas bersara, dia dan Jacinta membuat keputusan untuk membuka rumah kebajikan tersebut.

"Ketika ini kami menjaga 18 kanak-kanak perempuan berusia antara 1 hingga 19 tahun, serta lelaki antara empat hingga 22 tahun.

"Mereka ini kebanyakannya anak yang kematian ayah, ibu bapa mereka penagih dadah, dihantar oleh saudara kerana ibu bapa mereka berada di penjara dan ada yang yatim piatu. Anak-anak ini ada yang datang dari Kedah, Johor, selebihnya dari Lembah Klang.

"Kami tempatkan mereka di dua buah rumah di Bangsar yang disediakan oleh penderma, dan kami menyewa sebuah lagi rumah sebagai tempat untuk kami memasak, menyimpan barang-barang serta mengadakan kelas tuisyen dan aktiviti lain," katanya.

Silvaraju berkata, beliau memerlukan antara RM40,000 hingga RM45,000 sebulan untuk menguruskan ketiga-tiga rumah tersebut.

"Kami ada tiga rumah yang perlu diurus. Kos ini meliputi bayaran bil utiliti, perubatan (untuk kanak-kanak), tuisyen, pengangkutan ke sekolah, pemasaran dan keperluan lain.

"Kami peruntukkan perbelanjaan paling besar untuk penyelenggaraan dan bil utiliti seperti air dan elektrik. Kita juga membayar gaji kepada tiga pekerja," jelasnya.

Steven dan isterinya, Jacinta Steven. – Gambar Najjua Zulkefli
Steven dan isterinya, Jacinta Steven. – Gambar Najjua Zulkefli

Silvaraju berkata kekurangan dana menyebabkan beliau melalui kepayahan untuk meneruskan kelangsungan rumah kebajikan yang diasaskannya itu.

"Kebanyakan bantuan yang kami terima adalah daripada derma orang perseorangan dan ada yang datang ke sini selepas mereka layari laman web atau laman Facebook kami. Kebiasannya pelawat yang datang akan tanya tentang keperluan rumah kebajikan ini, dan selalunya kami akan beritahu yang kami perlukan bantuan kewangan.

"Kadang-kadang dalam sebulan kami dapat mengumpul derma kira-kira RM20,000 hingga RM25,000, tetapi tidak semua penderma ini menderma secara tetap atau setiap bulan.

"Apabila ada kecemasan, kami akan hubungi penderma dan beritahu kami perlukan bantuan atau kami mohon bantuan oang ramai di Facebook," ujarnya.

Silavaraju menambah, Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse mendapat bekalan makanan daripada pertubuhan bukan kerajaan seperti The Lost Food Project, Rainbow Foundation dan pusat beli-belah Bangsar Village.

Perlindungan Untuk Kanak-Kanak Mangsa Dera

Pusat Jagaan Shelter Home For Children di Petaling Jaya diasaskan oleh Dr James Nayagan bersama tujuh rakannya.

Ia kini diuruskan oleh Pengurus Besarnya, Chris Fan, yang mengakui sukar untuk mendapatkan pembiayaan untuk menguruskan rumah perlindungan itu.

"Rumah ini asalnya ditubuhkan untuk menjaga kebajikan kanak-kanak terbiar di sekitar Petaling Jaya.

"Lama-kelamaan ia berkembang dan kini kami menjaga 40 orang kanak-kanak. Kami ada tiga rumah yang terletak di Overseas Union Garden di Jalan Klang Lama dan Petaling Jaya, yang menempatkan kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun, remaja perempuan 13 hingga 18 tahun dan lelaki berusia 13 hingga 18 tahun," katanya.

Menurut Fan, kanak-kanak di rumah perlindungan itu sama ada dihantar oleh mahkamah juvana kerana ibu bapa mereka tidak dapat mereka atau didera.

"Jabatan kebajikan negeri atau mahkamah akan putuskan jika kanak-kanak ini didera mereka akan ditempatkan di rumah perlindungan.

"Kanak-kanak lain dihantar kerana ibu bapa mereka tidak mampu atau sakit, dan ada yang dihantar kerana ibu bapa tidak mampu untuk menjaga anak yang ramai," jelas beliau.

Fan berkata, masalah kewangan memyebabkan rumah perlindungannya tidak dapat menerima ramai kanak-kanak selain sukar untuk mendapatkan pengasuh.

"Tiada siapa yang berminat walaupun kami tawarkan gaji yang menarik. Kerja ini memerlukan seseorang itu mempunyai daya tahan dan semangat yang tinggi. 

"Ketika ini kami ada kira-kira 28 pekerja teramsuk kakitangan pentadbiran.

"Untuk kelangsungan rumah perlindungan ini, kami memerlukan kira-kira RM130,000 untuk penyelenggaraan tiga rumah. Kami menerima sedikit bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membeli makanan, selebihnya kami bergantung pada derma," katanya.

Tambah beliau, rumah perlindungan itu memerlukan perbelanjaan yang besar untuk bil utiliti, tenaga kerja dan aktiviti untuk kanak-kanak.

"Kami banyak bergantung pada derma orang perseorangan dan mereka yang membantu dengan memberi barangan runcit.

"Kami juga juga mengadakan kempen derma dengan menyasarkan seorang penaja bagi seorang kanak-kanak dengan bayaran minumum RM60 sebulan," kata beliau. – The Vibes, 21 Jun, 2024


 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Akademi Air Asia Lalui Penjenamaan Semula, Perkasa Kemahiran Dan Bakat Individu

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Semasa 37 minit yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh