web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia, China Komited Pertingkat Kerjasama Demi Kepentingan Bersama

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2024 8:42PM

Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri China Li Qiang pada majlis makan tengah hari Komuniti Perniagaan China dan Malaysia di Kuala Lumpur. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang komited untuk menegakkan kebebasan strategik, mengejar pembangunan yang sama, mengekalkan kepercayaan bersama, menjaga keadilan dan kesaksamaan, dan meningkatkan lagi kerjasama demi faedah bersama.

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa kedua-dua negara telah menjadi jiran yang baik sejak beratus tahun, sahabat sejati yang ikhlas dan rakan kongsi kerjasama menang-menang.

Sejak penubuhan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974, terutamanya dengan penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013, hubungan bilateral telah dipertingkatkan secara berterusan, memberikan manfaat penting kepada rakyat dan menjadi pendorong kepada pembangunan dan kestabilan.

"Persahabatan seperti ini telah menyaksikan perubahan mendalam selama setengah abad dan menunjukkan semangat dan vitaliti," menurut kenyataan bersama itu.

Kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa dunia sedang mengalami perubahan yang mendalam dan telah memasuki tempoh ketidakstabilan dan transformasi baharu, serta Malaysia dan China merupakan wakil penting kepada negara-negara membangun di Asia dan ekonomi sedang pesat membangun.

Menurut kenyataan bersama itu kepentingan strategik hubungan dua hala telah diketengahkan lagi, iaitu suatu yang penting bukan sahaja kepada rakyatnya tetapi juga masa depan rantau ini, meningkatkan perpaduan dan kerjasama Global South.

Dalam kenyataan bersama itu, kedua-dua pemimpin akan komited untuk mempromosikan dunia multipolar yang sama rata dan teratur, serta globalisasi ekonomi yang berfaedah dan inklusif secara universal.

"Malaysia sangat memuji Presiden Xi Jinping yang mengemukakan konsep membina Community of Shared Future for Mankind, Belt and Road Initiative, Principle of Amity, Sincerity, Mutual Benefit and Inclusiveness in Neighbourhood Diplomacy, Global Development Initiative, Global Security Initiative dan Global Civilisation Initiative.

"China juga menyokong prinsip asas 'Malaysia MADANI', menyokong dan mempromosikan inovasi, penjagaan dan belas kasihan, keterangkuman serta saling menghormati," menurut kenyataan bersama itu.

Kedua-dua negara mencapai kata sepakat penting untuk membina Komuniti China- Malaysia dengan Masa Depan Bersama pada 2023, dan kekal teguh untuk mengukuhkan dan memperdalam kerjasama dua hala dalam membawanya ke tahap yang lebih tinggi.

Anwar dan Li juga bersetuju untuk mengekalkan momentum pertukaran peringkat tinggi dan menyediakan panduan strategik yang penting untuk pembangunan hubungan dua hala yang stabil.

Kedua-dua pihak akan mempergiatkan pertukaran dan kerjasama antara kerajaan pusat dan tempatan, badan perundangan dan parti politik, meningkatkan komunikasi mengenai dasar dan mengukuhkan perkongsian pengalaman mengenai tadbir urus, dengan Malaysia dan China mengulangi sokongan mereka terhadap visi dan matlamat pembangunan negara antara satu sama lain.

"Malaysia mengagumi pencapaian China dalam era baharu dan menghargai usaha China untuk meremajakan negaranya dalam semua aspek menerusi pemodenan China. China menghargai pencapaian sosial dan ekonomi Malaysia di bawah Malaysia MADANI," menurut kenyataan bersama itu.

Kenyataan itu memaklumkan Malaysia dan China menyokong antara satu sama lain dalam penjagaan kedaulatan negara, keselamatan dan integriti wilayah, dan mematuhi prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Malaysia mengulangi komitmennya terhadap One China Policy, seperti dalam Joint Communique yang ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua negara pada 31 Mei 1974.

Selaras dengan One China Policy, Malaysia mengiktiraf bahawa Taiwan ialah wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari Republik Rakyat China, bagi membolehkan China mencapai penyatuan semula negara dan dengan itu tidak akan menyokong sebarang permintaan untuk kemerdekaan Taiwan.

Kedua-dua negara mengesahkan komitmen mereka untuk menjaga kestabilan sosial, melindungi keselamatan negara dan meningkatkan perpaduan negara, menurut kenyataan bersama itu.
Li berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 5 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

2

Politik 1 hari yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

3

Semasa 2 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

4

Semasa 3 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada PM Baharu UK, Keir Starmer

oleh Diyana Nawwar

Semasa 17 jam yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Semasa 1 hari yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

Semasa 1 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah