web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MCMC Diarah Sekat Penyebaran Maklumat Tak Sahih Kes Zayn Rayyan - Shuhaily

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2024 4:14PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain. – Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk siasatan penyebaran maklumat berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis akan menghubungi MCMC untuk menyekat penyebaran maklumat yang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan kes kanak-kanak autisme itu.

"Saya ingin katakan sekali lagi segala perkara yang membabitkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

"Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh sesiapa sahaja yang kita kesan (pelaku)  kerana dia boleh mengganggu perjalanan perbicaraan.

"Ia memang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan yang akhirnya kita tidak akan mendapat keadilan kepada arwah adik Zayn Rayyan itu sendiri," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Menyentuh mengenai adik kepada Zayn Rayyan yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Shuhaily menyifatkan tindakan itu adalah berasaskan tanggungjawab moral dan undang-undang.

"Ia mungkin kerana JKM melihat adalah perlu bagi pihaknya mengambil anak kedua pasangan berkenaan selepas mereka dituduh mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, siasatan membabitkan kes Zayn Rayyan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sudah selesai namun tidak menolak meneruskan siasatan mengikut seksyen sama sekiranya ada keperluan untuk perbicaraan.

"Seperti saya katakan semalam, siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sudah tamat dengan pendakwaan semalam mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Namun perkembangan dalam perbicaraan tersebut sekiranya ada pendedahan-pendedahan (bukti) yang membawa kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) boleh mengarahkan kami dan kami sendiri akan menyiasat semula (mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan)," katanya.

Semalam, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, pada jam 12 tengah hari, 5 Disember hingga jam 9.55 malam, 6 Disember lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mayat Zayn Rayyan  ditemui di anak sungai, berhampiran Kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam, 6 Disember tahun lalu.

Anak malang itu terlebih dahulu dilaporkan hilang oleh ibunya yang berkongsi perkara itu di Facebook.
Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah akibat dibunuh, berdasarkan penemuan beberapa kesan kecederaan yang sinonim dengan perbuatan jenayah. - Getaran, 15 Jun 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hantaran Jelik Terhadap Kanak-Kanak, SKMM Rakam Percakapan Pengguna Media Sosial

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Miliki Alat Komunikasi Tidak Diperakui, 2 Pengarah Syarikat Didenda

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukit Aman Siasat Dakwaan Fakta Kes Zayyan Rayyan Bocor Bawah OSA 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Semasa 14 jam yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Politik 1 hari yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari