web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ibu Bapa Zayn Rayyan Didakwa Hari Ini - Peguam

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 10:29AM

Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan pada 31 Mei dan dikenakan perintah reman selama 13 hari yang berakhir hari ini. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

Peguam mereka, Fahmi Abd Moin berkata, pasangan tersebut akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini untuk didakwa.

Pasangan berusia 29 tahun itu berada dalam tahanan reman selama 13 hari (yang berakhir hari ini) bagi membantu siasatan kes pembunuhan anak mereka.

Petugas media menunggu di kompleks mahkamah seawal 7.30 pagi walaupun akses ke mahkamah dihadkan.

Ahli keluarga Zayn Rayyan yang lain juga dilihat turut hadir.

Ibu bapa Zayn Rayyan  ditahan pada 31 Mei lalu dan semalam, polis turut menahan datuk dan nenek kanak-kanak autisme itu. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar semalam dilaporkan berkata, datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak malang tersebut.

Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn ditemui terbaring di sebatang sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya setelah dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak tersebut dipercayai dibunuh selepas bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan akibat mempertahankan diri pada beberapa anggota badan. – Getaran, 13 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abai, Bukan Dera - Peguam

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Saya Masih Wakili Ibu Zayn Rayyan – Mahmud

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Fail Permohonan Ke-2 Untuk Bertemu Anak Guam

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

oleh Diyana Nawwar

Semasa 20 jam yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas