web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2024 4:30PM

Fadhlina Sidek bercakap kepada media selepas menghadiri acara Sambutan Hari Keluarga Kelab Media Mutiara Pulau Pinang, di Bertam Resort, hari ini. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut terhadap kes seorang murid tahun lima yang didakwa  menjadi orang kurang upaya (OKU) selepas mengalami strok haba.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian sudah menjalankan siasatan terhadap kes tersebut tetapi beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Bagi kes ini, kami menyerahkan kepada pihak berkuasa dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis.

“Sudah ada laporan polis, dan kami akan menyerahkan kepada mereka untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Di peringkat Kementerian Pendidikan, kami telah menjalankan siasatan mengikut protokol dan prosedur ditetapkan,” katanya seperti dilaporkan The New Straits Times hari ini.

Fadhlina, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, Jabatan Pendidikan Negeri juga menjalankan siasatan terhadap kes tersebut berdasarkan prosedur operasi standard.

Pada 30 April lalu, murid terbabit yang menuntut di sebuah sekolah di Ampang dihukum oleh gurunya bersama tiga murid lain. Mereka diarahkan berdiri di bawah matahari terik, iaitu hukuman yang dilarang oleh Kementerian Pendidikan.

Tiga murid lain dilepaskan daripada hukuman lebih awal, tetapi mangsa diarah terus menjalani hukuman. 

Beliau tidak dinamakan kerana masih di bawah umur.

Rabu lalu, keluarga mendakwa pihak berkuasa cuba mengelak isu utama, iaitu hukuman dikenakan oleh guru yang menyebabkan anak mereka berada dalam keadaan sekarang.

Keluarga terbabit mendakwa, polis sebaliknya cuba memastikan apakah murid itu sememangnya OKU sebelum kejadian, berbanding menumpukan kepada jenis hukuman dikenakan dan tindakan ke atas pelaku. 

Dalam laporan polis, ibu murid tersebut berkata, anaknya diarahkan berdiri di bawah matahari dari jam 10 pagi hingga 12.50 tengah hari, selama kira-kira tiga jam.

Pada 25 Mei, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan mendapati suspek, seorang guru lelaki berusia 37 tahun telah menghukum murid itu bersama tiga yang lain selama “10 minit”.

Beliau berkata polis telah menyelesaikan siasatan terhadap dakwaan ibu tersebut dan kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut. – The Vibes, 9 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pelajar IPT Rugi Lebih RM13,000 Terpedaya Tawaran Kerja Dalam Talian

3

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Lelaki Bertopeng Guna Senjata Api Rompak Kedai Emas Di Kajang

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Penjenayah Maut Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Johor

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Semasa 21 jam yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos