web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2024 8:17PM

Kementerian Kerja Raya berkata kesan yang didakwa retakan itu adalah kesan garisan hitam pada sambungan pembinaan terdahulu. – Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiada keretakan pada jejambat Lebuhraya Setiawangsa - Pantai (SPE) di Jalan Cheras, sebaliknya itu adalah kesan garisan hitam pada sambungan pembinaan terdahulu, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).

Dalam ciapan di X hari ini, kementerian itu mengesahkan jejambat tersebut selamat untuk dilalui. 

KKR berkata pemeriksaan segera telah dilakukan syarikat konsesi SPE, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat perunding EDP pada jam 11.30 malam semalam.

“Pihak perunding turut mengesahkan struktur portal lebuh raya tidak terjejas dan selamat. 

"Satu laporan pemeriksaan dan pengesahan selamat akan disediakan dan akan dikemukakan kepada LLM,” katanya.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengarahkan LLM dan syarikat konsesi SPE segera melakukan pemeriksaan dan penilaian di persimpangan bertingkat lebuh raya itu yang didakwa retak.

"Saya amat memandang serius perkara ini. 

"Keselamatan semua pihak terutamanya pengguna jalan raya amat dititik beratkan," katanya.

SPE dibuka sepenuhnya pada 3 November lalu dan mempunyai laluan tiga lorong dua hala serta tujuh persimpangan bertingkat.

Ia dibahagikan kepada empat seksyen utama iaitu Kerinchi – Salak (Seksyen 1), Salak – Pandan (Seksyen 2), Pandan – Setiawangsa (Seksyen 3) dan Setiawangsa – Taman Melati (Seksyen 4) dengan jarak keseluruhan sepanjang 20.7km.

Lebuh raya itu menghubungkan beberapa lebuh raya lain seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) dan lain-lain bagi meningkatkan kecekapan rangkaian dan mengurangkan kesesakan di ibu negara. – The Vibes, 8 Jun, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Jejambat Retak: LLM, Konsesi SPE Sudah Diarah Turun Padang - Menteri

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Diteruskan Sehingga Ayer Hitam - Ahmad Maslan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Laluan Seksyen 6 WCE Dibuka Tengah Malam Ini, Pengecualian Tol Hingga 2 Januari

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 4 jam yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 16 jam yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 21 jam yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar