web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Model Perodua, Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan, Kata Menteri

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2024 5:24PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Semua model kenderaan Perodua dan Toyota di Malaysia mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan United Nations (UN) seperti ditetapkan di bawah Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.

Sesi pengujian semula kenderaan terbabit dilaksanakan sepenuhnya pada Mac lepas oleh Technical Services (TS) yang kompeten dan diiktiraf oleh World Forum Harmonisation of Vehicle Regulation (WP29) menerusi rangka kerja United Nations Type Approval.

"Berdasarkan semakan serta penelitian lanjut JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula itu adalah disahkan semua model kenderaan terbabit mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN seperti ditetapkan di bawah prosedur VTA semasa," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan pengujian semula dilaksanakan kepada Perodua dan Toyota susulan insiden prosedur pengujian keselamatan kenderaan tidak teratur oleh Daihatsu Motor Corporation (DMC), Jepun.

Beliau berkata pengujian semula kenderaan Perodua dan Toyota yang berkaitan DMC membabitkan enam pematuhan Peraturan UN antaranya 'sistem brake' dan 'frontal impact'.

Enam model Perodua yang menjalani pengujian semula ialah Axia (generasi pertama); Axia (generasi kedua); Alza (generasi kedua); Aruz, Ativa, Bezza dan Myvi.

Tiga model kenderaan Toyota pula ialah Rush, Vios dan Veloz.

"Dianggarkan sejumlah 1.7 juta unit kenderaan bagi kedua-dua pembuat kenderaan terlibat dengan isu berkenaan di dalam pasaran Malaysia," katanya.

Loke berkata kesemua laporan pengujian semula dipaparkan kepada umum menerusi laman sesawang JPJ iaitu https://bit.ly/JPJDaihatsu bagi memastikan ketelusan dan keterbukaan.

"JPJ akan meneruskan pemantauan secara tegas ke atas kedua-dua pengeluar kenderaan itu serta DMC bagi memastikan mereka melaksanakan tindakan penambahbaikan yang ditetapkan.

"Antara penambahbaikkan terlibat adalah pengemaskinian tatacara pelaporan pengujian dalaman dan pelaksanaan aktiviti pematuhan pembuatan secara berkala melibatkan pihak berkuasa iaitu JPJ secara berkala," katanya.

Mengenai insiden tular kegagalan gandar kenderaan model OMODA 5 buatan Chery, Loke berkata JPJ telah memanggil syarikat Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd pada 2 Mei lepas untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata Chery memanggil semula 600 unit kenderaan OMODA 5 berkuat kuasa 3 Mei lepas bagi memastikan keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya.

Sehingga 27 Mei lepas, sebanyak 575 unit kenderaan Chery OMODA 5 selesai diperiksa di bawah aktiviti pemanggilan semula oleh syarikat Chery yang mewakili 95.83 peratus kenderaan yang terlibat.

"Pihak syarikat Chery telah menghubungi baki sebanyak 25 unit lagi pemilik kenderaan Chery Omoda 5 bagi janji temu pemeriksaan dengan jangkaan aktiviti ini akan diselesaikan sepenuhnya akhir Jun ini," katanya.

Beliau berkata JPJ akan memantau pelaksanaan proses ini dan komited untuk memastikan kesemua unit yang terlibat dibuat pemeriksaan serta disahkan selamat selain proses penggantian komponen gandar dilaksanakan bagi kenderaan yang terjejas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

5 hari yang lalu

Permit Bas Persiaran Terlibat Kemalangan Di Genting Tamat Tempoh Februari Lepas 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

3

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Perincian Cukai Jalan EV Di Peringkat Akhir - Loke

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Sukan 1 hari yang lalu

Kim Swee Yakin Sabah FC Mampu Mara Ke Separuh Akhir Piala FA

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Semasa 15 jam yang lalu

‘Tiada Masalah Kewangan Dan Tiada Hutang Pernah Dibuat Setakat Ini' - UIAM

oleh Diyana Nawwar