web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KWSP Terima Lebih 2 Juta Permohonan Pindahan Dari Akaun Sejahtera Ke Akaun Fleksibel

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2024 5:37PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan setakat 22 Mei lepas, sebanyak 2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel melibatkan jumlah sebanyak RM8.78 bilion.

Menurut Media Desk KWSP Jabatan Hal Ehwal Korporat, pillhan itu dibuka kepada ahli pada 12 Mei lepas.

Sementara itu, sebanyak 3.04 juta permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel diluluskan melibatkan jumlah sebanyak RM5.52 bilion.

Ketua Pegawai Operasi KWSP Sazaliza Zainuddin berkata KWSP menjangkakan jumlah permohonan untuk pemindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera mereka kepada Akaun Fleksibel akan terus meningkat sehingga tarikh tutup pada 31 Ogos 2024.

"Kami juga gembira melihat peningkatan ketara permohonan melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun. Ini mencerminkan usaha kami untuk meningkatkan pengalaman dan kebolehcapaian pengguna di samping kami terus berinovasi dan mengembangkan penawaran digital kami," katanya.

Bermula 12 Mei hingga 31 Ogos 2024, ahli diberi pilihan untuk memindahkan satu pertiga daripada baki simpanan mereka daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.

Pemindahan amaun awal ke Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan dibuat.

Pengeluaran dari Akaun Fleksibel boleh dibuat pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan dengan pengeluaran minimum RM50.

Memandangkan tarikh tutup pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan dalam Akaun Sejahtera kepada Akaun Fleksibel adalah pada 31 Ogos 2024, ahli dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa membuat pemindahan.

Ahli yang masih belum mendaftar dengan KWSP i-Akaun digalakkan berbuat demikian bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel.

Untuk maklumat lanjut mengendi Penstrukturan Semula Akaun KWSP dan perincian berkaitan pilihan pemindahan amaun permulaan, ahli boleh rujuk laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KwSP di 03-8922 6000. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Akaun 3 Untuk Teruskan Kelangsungan Hidup, Selesaikan Urusan Peribadi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PUSPAL Tidak Terima Permohonan Penganjuran Program 'Apology Tour' Libatkan Jocelyn Chia, Chrissie Mayr

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Keputusan Permohonan Siti Bainun Tangguh Hukuman Penjara Diketahui 23 Mei

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 4 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Sukan 4 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad