web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 12:43PM

Majistret Hidayatul Syuhada Samsudin ketika tiba di IPD Seri Alam - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 24 Mei bagi membantu siasatan berhubung insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi semalam.

Majistret Hidayatul Syuhada Samsudin membenarkan penahanan reman itu di lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini untuk siasatan di bawah Seksyen 302.

Individu yang direman itu terdiri daripada lima anggota keluarga suspek, berumur antara 19 hingga 62 tahun yang ditahan susulan pemeriksaan di kediaman keluarga suspek pada awal pagi semalam.

Turut direman adalah dua penuntut kolej warga tempatan berusia 21 dan 22 tahun yang turut berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

Kesemua suspek warganegara tempatan diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Muhammad Zahier Rosli, Bustaman Menon Abdul Hamid Menon dan Sulaiman Zamani.

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut selepas diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak dan dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Pelawak, Isteri Direman 2 Hari Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat Dalaman IPD

2

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Ditahan Bawah SOSMA – KPN

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Tidak Bercampur Masyarakat, Kata Menteri

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Ucapan Perkauman, Agama Punca Serangan ‘Lone Wolf’

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Semasa 1 hari yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran