web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Malaysia Lantik 2 Wakil Tetap Negara Ke AS, Indonesia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 6:24PM

Surat pelantikan sudah diserahkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kepada kedua-dua individu berkenaan di Wisma Putra, hari ini - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Malaysia melantik dua wakil tetap negara, masing-masing Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York Amerika Syarikat (AS) dan Ambassador Nur Izzah Wong Mee Choo ke Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di Jakarta, Indonesia.

Surat pelantikan itu sudah diserahkan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kepada kedua-dua individu berkenaan di Wisma Putra, hari ini.

Kementerian Luar menerusi kenyataannya memaklumkan, Ahmad Faisal berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Hubungan Antarabangsa dari London School of Economics and Political Science di United Kingdom.

“Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1994.

“Sebelum pelantikan ini, beliau adalah Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva, Switzerland sejak tahun 2019,” menurut kenyataan itu.

Katanya, selain pernah berkhidmat di pejabat perwakilan diplomatik Malaysia di Singapura dan Moscow, Rusia, Datuk Dr Ahmad Faisal dilantik sebagai Duta Besar Malasia ke Myanmar pada 2011 hingga 2014.

Malah, ujarnya, beliau pernah memegang jawatan Penasihat/Pengarah di Bahagian Hubungan Antarabangsa, Pejabat Perdana Menteri pada 2014 hingga 2018.

Di peringkat Kementerian Luar, katanya, beliau pernah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Tugas-Tugas Khas; Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan; Setiausaha Bahagian Penyelidikan, Triti dan Perundangan Antarabangsa; Timbalan Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia serta Pegawai Khas kepada Ketua Setiausaha.

Kenyataan sama memaklumkan, Ambassador Nur Izzah berkelulusan sarjana dalam bidang Strategi dan Diplomasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selain menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1996.

Sebelum pelantikan itu, menurutnya, beliau adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand sejak 2018 serta ditauliahkan serentak ke Cook Islands dan Samoa.

“Di Kementerian Luar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian Inspektorat dan ditugaskan di Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala, Bahagian Asia Timur dan Asia Selatan, Bahagian Penerangan dan Bahagian ASEAN.

“Beliau juga pernah berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, Republik Rakyat China,” katanya. – Getaran, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Israel Terhadap Pusat Agihan Makanan PBB Di Rafah

Sorotan

1

Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

2

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

5

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

6

Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih Separuh Keluarga Berpendapatan Rendah Pulau Pinang Tiada Simpanan Bulanan 

oleh Ian McIntyre

Semasa 1 hari yang lalu

Tanah Jerlus: Pasukan SAR Guna Pelbagai Kaedah Termasuk Ujian Botol

Semasa 6 jam yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Penemuan Mayat Terbakar Berhampiran Stesen KTM Serdang