web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 5 hari yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 3 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Wajarkah Lantik Calon Tewas Ke Kabinet?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Nov 2022 12:32PM

Dr Maszlee Malik - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), ada cadangan daripada segelintir pihak yang meminta supaya calon tewas dilantik sebagai anggota Kabinet, atas alasan individu terbabit mempunyai kelayakan dalam bidang tertentu.

Antaranya, gesaan daripada sekumpulan pendidik yang mengadakan petisyen supaya calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menganggotai Kabinet bagi portfolio Menteri Pendidikan walaupun kalah di kerusi Simpang Renggam, memandangkan beliau tetap dianggap sebagai individu paling sesuai memegang jawatan itu.

Petisyen dikenali ‘Sokong Dr Maszlee Malik’ itu dilancarkan di platform media sosial beberapa hari lalu dalam usaha meraih sokongan, sekali gus untuk meminta kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, melantik semula beliau ke jawatan berkenaan yang pernah disandangnya pada 2018 hingga 2020.

Namun, persoalannya wajarkah tindakan melantik calon tewas sebagai Senator, seterusnya ke kerusi Menteri, memandangkan mereka ditolak majoriti ketika pengundian.

Malah, adakah sekiranya suara minoriti ini dipenuhi, ia akan menyebabkan ketidakadilan kepada ramai pengundi yang menolak calon berkenaan sebagai wakil rakyat.

Oh Ei Sun
Oh Ei Sun

Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, pelantikan individu yang tewas pada PRU-15 ke dalam Kabinet menerusi lantikan Senator, sebenarnya mampu membawa bakat tambahan ke dalam kerajaan.

Katanya, terdapat dalam kalangan mereka yang tewas itu dilihat sebagai individu berkemampuan seperti mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, tegasnya, amalan tersebut tidak sepatutnya disalahgunakan bagi memberi keadilan kepada semua.

“Jawatan senator bertujuan untuk membawa masuk bakat tambahan ke dalam Kabinet, namun ia tidak seharusnya disalahgunakan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Ditanya sama ada Kabinet baharu akan menyaksikan penyertaan ramai Senator, Ei Sun berkata, ia mungkin tidak begitu.

“Ia memandangkan kuota jawatan menteri untuk Ahli Parlimen terpilih pun terhad,” katanya.

Fakhrurrazi Rashid
Fakhrurrazi Rashid

Sementara itu, Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, kerajaan harus cermat dalam melantik Senator baharu.

Tegasnya, ia bagi memastikan supaya mereka yang dilantik benar-benar berkemampuan dan boleh menyumbang kepada dasar kerajaan, selain memahami kepentingan institusi Parlimen.

Fakhrurrazi berkata, bagi tempoh jangka pendek, adalah lebih sesuai sekiranya pelantikan Senator ditapis dengan terperinci sebagai menunjukkan pendirian bahawa kerajaan baharu memandang tinggi kedudukan Dewan Negara.

“Penapisan ini juga bagi menunjukkan kerajaan melantik mereka bukan sekadar habuan ‘scheme of things’ yang boleh menghakis kepercayaan rakyat

“Untuk jangka masa panjang, kerajaan baharu boleh memulakan inisiatif untuk pendemokrasian Dewan Negara, agar anggotanya boleh dipilih melalui pilihan raya untuk memperkukuh suara rakyat di Parlimen,” katanya. - Getaran, 30 November 2022

Sorotan

1

Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

2

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

5

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

6

Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Semasa 15 jam yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

Semasa 10 jam yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Semasa 10 jam yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion