web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Luar Negara Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2024 8:27PM

Gambar IPAC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA – Jemaah Islamiyah (JI), sebuah rangkaian pelampau radikal yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda, secara rasmi mengumumkan pembubarannya, menurut laporan media tempatan.

Keputusan untuk membubarkan JI dibuat melalui video berdurasi tiga minit 10 saat yang tersebar meluas, dirakam di Bogor, Jawa Barat.

Video itu memaparkan Abu Rusdan, seorang jurucakap utama JI membaca perisytiharan pembubaran sambil dikelilingi oleh 15 pemimpin utama organisasi berkenaan.

Kesahihan pengumuman itu yang dikeluarkan pada 30 Jun disahkan oleh badan pusat pemikir yang berpusat di Jakarta, Institut Analisis Dasar Konflik (IPAC), serta beberapa pakar keganasan di Indonesia.

Dalam video itu, Abu Rusdan menyatakan bahawa keputusan itu disokong oleh anggota kanan majlis kepimpinan JI serta pemimpin institusi pendidikan gabungan dan sekolah berasrama Islam (pesantren).

Mereka juga mengumumkan rancangan untuk menyemak semula kurikulum pendidikan di pesantren berkenaan untuk menghapuskan ideologi ekstremis, selaras dengan prinsip-prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah, undang-undang negara dan norma masyarakat.

Kumpulan itu menyatakan kesediaan mereka untuk menyumbang kepada kemajuan dan maruah Indonesia.

“Perkara berkaitan perjanjian itu akan dibincangkan dengan unit antikeganasan Densus 88 Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia,” kata Abu Rusdan.

Video itu juga menampilkan tandatangan 15 pemimpin lain: Para Wijayanto, Abu Mahmuda, Bambang Sukirno, Abu Fatih, Ustaz Zarkasih, Ustaz Shalahudin, Ustaz Fachrudin Soleh, Ustaz Saptono Munadi, Ustaz Abu Dujanah, Ustaz Qadri Faturrahman, Tengku Azhar, Ustaz Imtihan, Ustaz Hamad, Ustaz Mustaqim dan Ustaz Fahim, kesemuanya mengesahkan pembubaran JI.

Ditubuhkan pada awal 1990-an dengan aspirasi untuk menubuhkan ‘negara Islam’ yang merangkumi selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan selatan Filipina, JI mendapat kemasyhuran kerana penglibatannya dalam Pengeboman Bali yang tragis pada 12 Okt 2002.

Serangan itu menyasarkan beberapa kelab malam dan mengorbankan 202 nyawa, menyerlahkan aktiviti militan JI dan kaitannya di peringkat global. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kawalan Balai, Kawasan Profil Tinggi Termasuk Istana Dipertingkat – KPN

3

Politik 1 tahun yang lalu

Negeri PN Dijangka Bubar DUN Jun Ini - Pemimpin PAS

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Kabinet Masih Berfungsi Seperti Biasa Dalam Kerajaan "CareTaker" - KSN

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Tahan Pemilik Akaun TikTok Disyaki Ugut, Fitnah Pempengaruh Wanita

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Politik 13 jam yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

oleh Wartawan Getaran