web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gesaan Boikot Perlu Lebih Akauntabiliti

Kolum Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2024 10:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saudara Pengarang,

Setiap manusia yang melihat kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Gaza sudah tentu merasa marah atas apa yang sedang berlaku dan ingin menzahirkan kemarahan atas dasar kemanusiaan. Apa yang dilakukan oleh Israel perlu terus dikutuk keras dan kita boleh mengambil langkah-langkah spesifik yang efektif untuk menyekat sumber kewangan mereka yang menyumbang kepada kekejaman rejim Zionis ini termasuk melaui langkah boikot yang strategik.

Boikot jika dilakukan dengan bijaksana, tersusun dan efektif boleh menghantar mesej yang kuat kepada syarikat-syarikat asing yang bersekongkol mendanai rejim Zionis. Betul kuasa ada di tangan pengguna. Kita boleh memilih. Tetapi adakah pilihan kita itu sesuatu yang tepat atau hanya didorong oleh emosi dan tindakan membabi-buta? Adakah kita memeriksa dan yakin bahawa syarikat ini mendanai kegiatan pembunuhan di Gaza dan pro-Israel atau kita mengikut sahaja apa yang disarankan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang agendanya juga samar-samar.

Apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini, saya merasakan ada puak-puak yang menunggang sentimen boikot ini secara berlebihan. Daripada ahli politik kepada aktivis masyarakat, tokoh perniagaan dan cendekiawan.

Ada tuduhan dilakukan tanpa usul periksa, label melabel berleluasa. Ada syarikat tempatan yang menggunakan taktik ini untuk “membunuh” pesaing mereka terutamanya syarikat asing. Tujuannya adalah untuk menguasai pasaran, namun isu Gaza ditunggang sehabis baik.

Ada yang kehilangan kerja akibat prestasi syarikat yang diboikot terkesan. Ada juga yang berhenti kerja kerana tidak sanggup dicemuh oleh masyarakat tempatan kerana dilabel bersekongkol dengan perniagaan yang dikatakan pro-Israel. Majoriti daripada mereka yang kehilangan kerja ini adalah Melayu Islam. Apabila persoalan ini dibangkit, netizen bangkit bersuara dan mengatakan bahawa ini tidak penting, isu kemanusiaan di Gaza mengatasi segalanya. Apabila ada khutbah di negeri Perak yang menyentuh soal boikot secara bijaksana, ramai netizen yang lantang megherdik dan bangun bertempik.

Hakikatnya, ramai yang kehilangan kerja dan bakal kehilangan kerja jika ini diteruskan. Saya ingin bertanya, adakah NGO-NGO ini tampil untuk membantu mereka yang kehilangan kerja? Siapa yang tampil untuk membantu atau siapa yang berani untuk mempersoalkan tindakan NGO-NGO ini? Persoalan saya, siapa sebenarnya yang bertanggungjawab? Kerajaan? NGO?

Sebenarnya, adik saya adalah mangsa boikot ini. Adik saya kehilangan kerja kerana jualan di outlet saya merosot sebanyak 80 peratus akibat diboikot. Majikan memberi notis bahawa staf seperti adik saya perlu diberhentikan. Sudah empat bulan dia menganggur. Dia sudah mengisi pelbagai permohonan bekerja dengan diploma yang dia ada. Namun, dengan pasaran pekerjaan sekarang ini, saya amat risau dengan prospek adik saya ke hadapan.

Ada sahabat dan ahli keluarga mengatakan, rezeki Allah ada di mana mana. Insya-Allah saya akan mendapat rezeki-Nya. Saya percaya bahawa insya-Allah jika kita berusaha, Allah akan memberikan bantuan.

Namun, saya faham kita hanya manusia biasa, saya gusar dan risau akan masa depan adik saya dan ini sememangnya menggangu kesihatan mental saya dan adik saya. Kami berdua harapan ibu dan ayah yang berusia dan tidak larat bekerja dan adik adik kecil lain yang masih  bersekolah.

Saya menggalakkan adik saya untuk cuba meniaga online, namun keadaan ekonomi hari ini juga membuatkan jualan online juga berisiko tinggi untuk gagal. Namun, saya juga sedang berusaha untuk memandu kenderaan e-hailing dan menghantar makanan untuk menambah pendapatan keluarga.

Apa yang saya dapat lihat dan dengar melalui pengalaman saya membawa penumpang, bahawa NGO-NGO ini disokong oleh golongan atasan dan profesional yang tidak terkesan langsung dengan tindakan boikot. Mereka selesa hidup di dalam gelembung mereka di Bukit Damansara, Mont Kiara dan Bangsar.

Mereka merasakan boikot adalah langkah yang paling berkesan untuk menyekat rejim Zionis. Namun, ada di antara mereka apabila saya tanya kembali – betulkah syarikat X, Y, Z pro Israel – mereka tidak begitu pasti. Apabila saya menceritakan pengalaman keluarga saya, mereka mengelak untuk memberi komen atau ada yang diam seribu bahasa. Mungkin mereka merasa suci dengan agenda boikot mereka dan tidak melihat kesannya kepada orang seperti saya dan adik saya.

Jadi, saya ingin menyarankan kepada NGO-NGO untuk lebih adil dan bijaksana dalam memberi saranan untuk memboikot. Perlu ada akauntabiliti untuk NGO-NGO ini. Jangan gunakan kuasa anda untuk menghasut dan menyebarkan kebencian. Jangan jadi platform ahli politik yang hanya mahukan populariti. Hentikan budaya label melabel dalam masyarakat. Lakukan sesuatu yang lebih memberi impak langsung kepada mereka di Gaza, seperti menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Setidak-tidaknya, bantu mereka yang hilang kerja akibat boikot di Malaysia. Kepada syarikat yang untung akibat pesaing diboikot, berlaku adil. Jangan tamak dan untungkan keuntungan semata-mata. Bantu rakyat Malaysia yang kehilangan kerja akibat diboikot secepat mungkin. Kepada Kerajaan, beranilah bersuara untuk membela rakyat tempatan yang terkesan akibat boikot. Kepada ahli politik, janganlah menunggang isu ini berlebihan. Mungkin niat anda baik, namun, fikirkanlah juga nasib rakyat seperti kami.

Jika dibiarkan situasi begini, saya khuatir ramai lagi rakyat Malaysia yang akan terhimpit dan terbeban. Tiada tempat untuk kami mengadu. Kerana rakyat takut untuk bersuara dalam isu Gaza ini. Salah cakap, akan dihentam dan diboikot. Tetapi realitinya, ramai seperti saya san keluarga yang sedang menderita dalam diam. Saya berdoa siang dan malam supaya rakyat Palestin diberi kemenangan dan dipermudahkan segala urusan, dan rakyat Malaysia secara amnya dapat kembali rasional dan membantu orang yang terkesan seperti saya dan keluarga.

Hamzah Md Ariff


 

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0