web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Program Pengurusan Berat Badan Diperibadikan Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

Program ageLOC® TRME® Nu Skin merupakan program transformasi gaya hidup sihat yang merangkumi suplemen dan shake berasaskan sains, pelan pemakanan seimbang

Gaya Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2024 8:38AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai ‘pejuang berat badan idaman’, pasti sudah tidak terhitung program pengurusan berat badan yang sudah dilakukan. Ada yang berjaya, ada yang gagal, malah ada yang tidak lagi memberi kesan.

Maklumlah, bukan semua di antara kita yang mampu mendaftarkan diri dengan khidmat profesional, sebaliknya ramai yang memilih untuk mengikuti diet yang disyorkan di dalam talian, ikut tip kawan-kawan atau pun membeli produk yang tersedia di pasaran.

Jika pencarian produk ini masih belum muktamad, mungkin boleh pertimbangkan Program ageLOC® TRME® yang baru dilancarkan baru-baru ini. 

Program pengurusan berat badan holistik daripada Nu Skin, ini adalah program yang telah ditambah baik daripada versi terdahulu dan kini ia boleh diperibadikan.

TRME® adalah singkatan kepada ‘transform me’, dan ia direka untuk membantu anda melakukan perubahan penting semasa transisi ke gaya hidup yang lebih sihat. 

Program ini bertujuan merevolusikan landskap penjagaan kesihatan serta menetapkan standard baharu terhadap keberkesanan dan penyesuaian aktiviti dalam pengurusan berat badan.

Seiring dengan gaya hidup sihat yang semakin diamalkan oleh masyarakat, Program ageLOC® TRME® menawarkan aktiviti bersesuaian yang direka untuk memenuhi keperluan spesifik setiap individu dalam mencapai matlamat kesejahteraan dan berat badan mereka.

Program ageLOC® TRME® Nu Skin merupakan program transformasi gaya hidup sihat yang merangkumi suplemen dan shake berasaskan sains, pelan pemakanan seimbang yang mudah diikuti, serta cadangan aktiviti senaman untuk gaya hidup aktif.

Ia juga disokong dengan aplikasi mudah alih khusus untuk merekodkan kemajuan pengurusan berat badan. 

Dengan menyasarkan pelbagai aspek kesihatan, Program ageLOC® TRME® bertujuan membantu individu dalam mencapai matlamat badan idaman mereka serta meningkatkan kualiti hidup.

Ciri Dan Teknologi Yang Unik

Program ageLOC® TRME® memperkasakan rakyat Malaysia untuk mencorakkan sendiri perjalanan mereka dalam pengurusan berat badan yang sihat, yang mana perjalanan setiap individu adalah unik dan tersendiri, bagaikan cap jari.

Program ini menggunakan sains proprietari ageLOC®, pengurusan berat badan yang sihat dengan kecergasan dan ketahanan yang tinggi. 

Naib Presiden Operasi Pasaran Nu Skin Malaysia dan Brunei, Hendrix Wong berkata, program ini bukan sekadar untuk memenuhi matlamat tertentu, malah ia juga mengenai mencipta gaya hidup yang sesuai dengan cara hidup masing-masing.

Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Global Program ageLOC® TRME®, Shelly Hester pula berkata, matlamat program adalah untuk menawarkan penyelesaian holistik menerusi gabungan teknologi sains yang canggih bersama penjagaan kesihatan yang diperibadikan.

“Dengan menggabungkan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti, sistem yang komprehensif, dan pelan pemakanan sihat yang diperibadikan, kami ingin memperkasakan individu untuk mencapai matlamat pengurusan berat badan mereka sambil menjalani gaya hidup yang mampan,” katanya.

Pelan Pemakanan ageLOC® TRME® 

Pelan Pemakanan ageLOC® TRME® menangani masalah lazim dalam diet tradisional, yang sering mengakibatkan penyimpanan lemak ekoran pengambilan makronutrien yang tidak seimbang.

Pengambilan berlebihan sumber karbohidrat yang telah diproses dan lemak pemakanan menyumbang kepada pengumpulan lemak, manakala pengambilan protein yang tidak mencukupi menghalang pembakaran lemak dan pemeliharaan kekuatan otot.

Untuk mengatasi masalah tersebut, Pelan Pemakanan ageLOC® TRME® menekankan pengambilan seimbang ‘makanan pembakaran,’ ‘makanan penyimpanan’ dan ‘makanan pelindungan’ menggunakan panduan saiz tangan yang ringkas dalam menentukan kuantiti harian bagi pengambilan protein, karbohidrat, buah-buahan serta sayur-sayuran.

Pendekatan seimbang ini membantu pengambilan protein secara sama rata sepanjang hari, sekaligus memudahkan perkembangan dan pemeliharaan otot tanpa lemak yang aktif secara metabolik dari semasa ke semasa.

Gaya Hidup Aktif Dengan Panduan Senaman 3-3-3-3

Tubuh badan dan minda memerlukan aktiviti tetap untuk berfungsi secara optimum. Melibatkan diri dengan senaman fizikal bukan sahaja membantu dalam pengurusan berat badan yang berkesan tetapi juga meningkatkan emosi dan penampilan diri secara keseluruhan.

Untuk mencapai hasil yang terbaik, masukkan aktiviti senaman dalam rutin harian dengan sasaran sesi sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setiap sesi hendaklah berlangsung minimum 30 minit dan mengekalkan kadar denyutan jantung sebanyak 130 denyutan seminit.

Kekal komited melakukan rutin ini secara konsisten selama tiga bulan, atau 90 hari, untuk mengalami peningkatan yang ketara dalam kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental.

Rekod Kemajuan Anda Dengan Aplikasi ageLOC® TRME® 

Aplikasi ageLOC® TRME® diintegrasikan dengan sempurna ke dalam program pengurusan berat badan bagi memberikan gambaran menyeluruh tentang perjalanan transformasi anda dengan memantau data indeks badan, pengambilan makanan, senaman dan pembakaran kalori.

Aplikasi ini menawarkan kandungan terpilih untuk informasi dan sumber yang bermanfaat serta membolehkan anda berhubung dengan perunding berpengalaman bagi mendapatkan nasihat serta sokongan yang diperibadikan.

Dengan papan pemuka yang interaktif untuk memantu kemajuan secara langsung, aplikasi ini membolehkan pengguna memantau, mengesan dan mengoptimumkan perjalanan pengurusan berat badan mereka, supaya sentiasa di landasan untuk mencapai transformasi serta kesejahteraan yang berkekalan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program ageLOC® TRME®, sila layari www.nuskin.com/content/nuskin/en_MY - Getaran, 30 Jun 2024

Foto : Nu Skin

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 minggu yang lalu

Finalis Dewi Remaja, Adriana Ghafar Lancarkan Koleksi Puisi

2

Gaya 2 minggu yang lalu

HABIB Gemfest 2024 Raikan Permata Alam Yang Mempesona

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Trove, The Exchange TRX Untuk Kembara Deria Serba Mewah

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ZCOVA Pilih IOI City Mall, Putrajaya Sebagai Lokasi Pertama Stor Fizikal 

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Encore Melaka Dibuka Semula Dengan Barisan Persembahan Ekstravaganza

oleh Rahayu MN

Teknovasi 23 jam yang lalu

Galaxy Tab A9 Kids Edition Untuk Pembelajaran Dan Keseronokan Penuh Imaginasi

Peranti khusus untuk kanak-kanak ini boleh menghindarkan mereka daripada terdedah atau terjebak dengan laman-lamab web yang ‘meracun’ kotak fikiran

oleh Rahayu MN

Gaya 5 jam yang lalu

Baju Kontinjen Olimpik Negara Sudah Bertukar Corak Dan Logo, Tiada Lagi Logo Pihak Penaja

MOM akhirnya memperkenalkan corak dan logo baharu pada pakaian rasmi untuk dipakai oleh Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Gaya 1 hari yang lalu

7 Motosikal Paling Bergaya Di Malaysia, Semak Keistimewaan Masing-Masing

oleh Wartawan Gaya Hidup