web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Watak Kegemaran Ramai, Mak Cun Kembali Bikin 'Havoc' 

Kali ini banyak bintang-bintang popular terlibat, termasuklah diva yang baru selesai mengadakan konsert, Ziana Zain

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2024 8:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mak Cun watak usahawan yang paling disayangi, kini kembali menemui penonton untuk bergelak ketawa. Kali ini, Mak Cun dan orang kampung bersiaran di platform penstriman Tonton, bermula 23 Mei lalu. 

Apa pula konflik yang bakal Mak Cun hadapi musim ini? Kalau anda hendak tahu, kenalah saksikan episod demi episod yang dijadualkan pada setiap hari Khamis. 

Sering dianggap sebagai ketua di kawasan kampungnya dek kerana sentiasa bersemangat dalam memartabatkan produk-produk usahawan tempatan beliau, perniagaan Mak Cun tidaklah semudah yang disangka. 

Ada banyak kerenah dan juga musibah yang terpaksa dihadapi oleh Mak Cun bagi memastikan perniagaannya tidak terkubur. Saksikan bagaimana Mak Cun berjuang memajukan perniagaannya bersama ‘penyokong-penyokongnya’. 

Banyak adegan yang mencuit hati, namun terselit mesej yang ingin disampaikan. 

Mak Cun (Eirma Fatima) terkenal dengan perniagaan Mak Cun Mart yang menjadi hab usahawan tempatan bagi memulakan bisnes mereka. 

Tak cukup dengan kerenah pekerjanya yang bukan sahaja melarikan diri dan mencuri duit dari kedainya, Mak Cun juga sering mendapat aduan daripada Baim (Bima Samudra), pemilik kedai roti dan Cik Pah (Datuk Fauziah Ahmad Daud), pemilik kedai butik berhampiran. 

Muncul pula usahawan wanita baharu dan penyanyi terkenal Ishalana (Ziana Zain) yang telah membuka perniagaannya berhampiran Mak Cun Mart. 

Kehadiran Ishalana memberi impak yang sangat menjengkelkan Cik Pah dan membuatkan dia begitu marah kerana Ishalana meniru rekaan tudung dan baju jubah. 

Mak Cun, Cik Pah dan juga Baim merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kedai mereka. Adakah ia berpunca daripada buatan orang yang dengki terhadap mereka? Atau adakah perniagaan mereka bertiga disihir?

Tonton Original Series: Mak Cun, Mai Singgah! merupakan hasil terbitan Rumah Karya Citra yang diarahkan oleh Bahri Uma. Siri drama komedi 12 episod ini juga menampilkan barisan muka lama dan baharu yang bakal mencuit hati peminat-peminat Mak Cun dengan lawak santai mereka. 

Antara nama-nama besar yang masih beraksi dalam drama bersiri ini Eirma Fatima, Datin Seri Umie Aida, Dato' Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, dan ramai lagi. 

Pelakon-pelakon handalan Nad Zainal, Ogy Ahmad Daud, Adlin Aman Ramlie, Ziana Zain, Mustapha Kamal, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi turut mewarnai lagi musim baru ini.

Jangan lupa saksikan Tonton Original Series: Mak Cun, Mai Singgah! secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun secara percuma. - Getaran, 29 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 5 hari yang lalu

NLKO  Musim Baharu Kekalkan Erra Fazira, Fizo Omar Sebagai Pengacara

2

Budaya 2 bulan yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

3

TARA 1 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

4

TARA 2 tahun yang lalu

5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

oleh Helmi Anuar

Selebriti 22 jam yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

Dengan tiket masuk berharga RM80, penonton yang hadir akan berpeluang untuk bergelak ketawa sehingga tidak kering gusi bersama kenalan-kenalan baharu.

oleh Wartawan Hiburan Getaran